kalam-perdana
Menulis ikut suka …..aku

Mac
11

Rata-rata rakyat Kelantan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kelantan negeri termiskin di Malaysia. Negeri Kelantan sebenarnya mencatatkan pendapatan per kapita paling rendah iaitu hanya RM7,500 berbanding negeri-negeri lain, ini berasaskan laporan pada tahun 2005. Manakala negeri lain pada tahun tersebut  mencatat pendapatan per kapita paling tinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM36,597, diikuti Pulau Pinang (RM27,391), Terengganu (RM27,140) dan Selangor (RM23,333).Negeri-negeri lain iaitu Melaka mencatat RM19,436, Johor (RM18,175), Negeri Sembilan (RM17,182), Sarawak (RM17,004), Perak (RM15,458), Pahang (RM12,384), Perlis (RM12,302), Sabah (RM11,414) dan Kedah (RM11,161). Jelas sekali Kelantan berada pada tingkat yang agak jauh kebelakang berbanding negeri lain, malah berbanding sabah sekalipun Kelantan ketinggalan.

Pada mata rakyat Kelantan pula, sungguhpun miskin dari  sudut pembangunan dan pendapatan perkapita, tetapi Kelantan  mempunyai modal insan yang terbaik jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain.  Sandaran kepada gambaran tersebut adalah kerana pepsepsi akan kehebatan rakyat Kelantan di luar negeri, dengan penguasaan sektor ekonomi di negeri rantau, juga di sektor-sektor korporat dan awam di monopoli oleh rakyat kelantan, di universiti juga pelajar-pelajarnya ramai dari Kelantan. Ini menjadi kebanggaan utama di sebalik pandangan akan kemiskinan di negeri sendiri.

Mereka ( rakyat Kelantan termasuk ‘kawe’ ) juga akan mengatakan bahawa walaupun negeri miskin, mereka masih lagi dapat hidup dalam suasana yang selesa kerana rumah mereka tidak menyewa, kangkung tepi  rumah ‘buleh tehe nok kutip wat sayur’, “pucuk beko ditepi jalan buleh tehe nok ambil”, ikan segar murah-murah,  “ore tino come-come”.  “hutan belanar buleh pakat nebe lagi”, “dale-dale sungai pun banyak lagi ikan”, “pitih pun cukup, bare-bare muroh”.

Dari sudut ekonomi, ekonomi kelantan berasaskan pertanian, aktiviti penangkapan ikan di sepanjang 96-kilometer persisiran pantai serta industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket. Selain dari kegiatan pembalakan juga aktif oleh kerana keluasan hutan 900,000 hektar atau 60.4% dari keluasan bumi kelantan.

Kini kita lihat pula pada Depu dan Ladang Rakyat, projek tanaman Depu dan  Ladang Rakyat yang dilihat cuba membawa impak baru ekonomi Kelantan ke satu tahap yang lebih baik. Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet kerajaan negeri Kelantan pada 2007 sebanyak RM300,000 dan dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Projek Ladang Rakyat pula melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) yang menggariskan dua mtlamat utama iaitu mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Negeri Kelantan melalui sektor perladangan serta mengurangkan kadar penerokaan haram Tanah Kerajaan. Program Pembangunan Ladang Kerajaaan Negeri Kelantan dijalankan di atas tanah-tanah Kerajaan di seluruh Negeri. Perbadanan sebagai agensi Kerajaan Negeri telah merangka dasar dan strategi Pembangunan Ladang dengan pulangan hasil yang maksimum bagi membolehkan Perbadanan menyalurkan hasil tersebut kepada Peserta Ladang. Sehingga kini kira-kira 50,401 ekar tanah Kerajaan yang dijadikan Ladang Rakyat telah ditanami dengan pokok kelapa sawit sejak tahun 2001 dan sebahagiannya sudah mula mengeluarkan hasil. Ladang-ladang ini dijangka mula mengeluarkan hasil pada tahun 2010.

Semua ini di lihat secara teliti oleh rakyat Kelantan yang berada di luar, ia di lihat sebagai penanda aras kepada kecekapan kerajaan negeri Kelantan dalam mengurus ekonomi dan memancu kemakmuran negeri. Jika jangkaan 2010 pengeluaran hasil Ladang Rakyat maka di tahun 2012 ini kita ingin melihat sepanjang 2 tahun tempoh pengeluaran hasil tersebut apakah ianya menguntungkan atau masih jauh dari titik pulangan modal?

Sebagai anak rantau, soal pembangunan mungkin tidak memberi keterujaan sangat untuk di perhatikan kerana melihat kepada kepesatan pembangunan di negeri rantau sehingga muak untuk berbicara soal pembangunan mengikut negeri lain.Namun soalnya sekarang adalah kemakmuran, apakah Kelantan ini selepas dua dekad bersama kepimpinan ulama begitu makmur?

Soal utama kepada ukuran kemkamuran ini pada saya adalah infrastruktur yang sempurna, seperti air bersih, jalan perhubungan dan juga keaktifan kerajaan tempatan dalam menyusun Bandar dan pekan dan di urus dengan sempurna, jika di tempat saya di kuala krai, taman krai sebagai contoh tidak terjaga dengan sempurna sedangkan dahulu taman tasik tersebut menjadi mercu tanda kuala krai. Air bersih di kampung saya juga masih lagi tidak menampakkan ianya benar-benar di urus secara baik dan sempurna.

Rata-rata anak rantau termasuk saya sebetulnya masih selesa melihat negeri Kelantan berada dalam lingkungan seperti hari ini, tetapi tetap ingin melihat negeri ini tampil dengan kemakmuran. Keunikan yang ada di Kelantan harus terus di bina dan dibentuk serta di komersialkan, keunikan politik, keunikan sistem pentadbiran, keunikan cara hidup dan juga keunikan budaya serta ‘budunya’ semua ini punyai nilai kormersial yang boleh memancu pembangunan tanpa perlu bangunan pencakar langit tun-tuan. Industri budaya yang berteraskan pelancongan, pertanian yang komersial dan industri berteraskan perkhidmatan adalah bidang yang boleh di jadikan teras kepada pemerkasaan ekonomi.

Ringkasnya pada saya, Kelantan harus tampil menjawab persoalan kemiskinan ini dengan mengemukakan parameter pembangunan yang lain sebetulnya. Bukan pula dengan retorik politik yang tidak pernah sudah.

Juga, perubahan politik bukan asas segala perubahan tetapi pembaharuan politik boleh melangsungkan perubahan politik sebetulnya.

GOmbak 10.45pm 11.3.2012

Feb
28

image

Feb
14

Hari ini 14 feb, saya berjanji untuk menulis tentang hari kekasih dengan seseorang di ruangan maya. Sebetulnya,  kalau tidak kerana janji mungkin saya tidak menulis ini dek kerana  badan dan kepala sakit-sakit, hidung berair di kala ini. Dari semalam terasa lemah longlai namun di gagahi juga untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh. Hari ini terpaksa mohon ‘MC’.

14 Feb, adalah Hari Valentine, ‘hari untuk ku kucup dahi sang kekasih’. Apakah perayaan Hari Kekasih ini melibatkan akidah? Sebelum itu saya katakan saya mendokong pengharaman Hari kekasih ini.

Hari ini rata-rata yang menyambut perayaan ini adalah kalangan anak muda yang sedang terbelit dengan budaya pergaulan  bebas dan seks bebas. Pertembungan kini bukan hanya pada hari ini, 14 Febuari. Tidak cukup hari ini sahaja kita terlalu bising, sedangkan episode pergaulan bebas yang membawa kepada perayaan ini berlangsungan saban waktu. Tidak hanya terikat pada hari ini malah hari esok dan semalam juga lusa mereka tetap akan meraikan kekasih mereka samaada gelap atau cerah.

Namun tahun ini saya amat tertarik dengan kerajaan Negeri Kelantan yang telah cuba memberi alternatif dan konseptual baru dalam sambutan ini, “Hari Suami Isteri”.  Nampak mudah namun pada saya ia member kesan yang mendalam. Selain dari pengharaman ia tidak memadai, pegharaman dan penggantian dengan yang lain itulah yang sepatutnya. Itulah baru boleh kita sebut sebagai Islamisasi. Tahniah untuk Kerajaan Kelantan!

 Sebelum kurun ke-4  masihi pada bulan ini di setiap tahun akan diadakan cabutan bertuah untuk meraikan para remaja lelaki yang memasuki peringkat akil baligh dihadapan “tuhan” Lupericus. Bagi para remaja perempuan mereka juga akan mengambil bahagian didalam cabutan bertuah ini, dengan meletakkan nama mereka didalam sebuah kotak dan nama-nama tersebut akan dicabut secara rambang oleh para remaja lelaki tadi. Remaja perempuan yang dicabut namanya oleh remaja lelaki tadi akan dihadiahkan kepadanya. Pasangan sejoli tadi akan keluar dari tempat penyembahan tersebut sebagai “sepasang suami-isteri”, yang akan menikmati keseronokan dari hubungan tersebut selama setahun sehingga tiba masa untuk cabutan bertuah pada tahun yang berikutnya.1

Namun pada ke-5 masihi pihak gereja katholik mahu menghapuskan perayaan ini. Pihak gereja tidak meredhai ciri pergaulan bebas yang ada pada penyembahan tersebut dan berusaha untuk mengakhirinya dengan melantik “wali (saint) cinta”, yang akan dianugerahkan kemulian bagi mengantikan ritual kepada Lupericus. Mereka memilih seorang bishop yang bernama Valentine yang telah dihukum bunuh pada kurun ke 3 masihi.

Hukuman yang yang terimanya adalah kerana beliau menyangah Emperor Claudius yang mengharamkan perkahwinan kerana menganggap perkahwinan meyebabkan orang lelaki menjadi askar yang tidak berkualiti, kerana mereka enggan untuk meninggalkan keluarga mereka untuk ke medan perang. Valentine telah menerima mereka untuk dikahwinkan secara rahsia, sebuah jenayah yang mengakibatkan dia dijatuhi hukuman bunuh. Bagaimanapun sebelum dilaksanakan hukuman tersebut dia dikatakan sempat mengirimkan ucapan selamat tinggal kepada anak perempuan orang yang memenjarakannya yang mana dia telah jatuh cinta kepadanya ketika dia berada di penjara. Ucapan tersebut berbunyi, “Dari Valentine dikau”.2

Hari ini sambutan ini bukan lagi untuk menghadap tuhan Lupericus, mahupun amalan ritual yang lain, ia di jadikan sebahagian dari eleman untuk melariskan perniagaan , dunia yang bersandarkan kapitalisme hari ini tidak memaut kepada upacara ritual dan penyembahan ia tidak lebih sekadar untuk melariskan ros merah dan kad ucapan mahupun hotel-hotel bagi meraikan hari ini, hari kekasih.

Maka tindakan kerajaan Kelantan menukar kepada Hari Suami Isteri satu pelarian makna yang amat bijak dengan tidak mengkesampingkan elemen keuntungan dalam dunia kapitalisme. Selain dari memantapkan institusi kekeluargaan dan mugkin ros merah akan bertambah laku lagi di tahun mendatang untuk “mu isteri yang ku cintai”.

 

GOmbak 10.56pm

Feb
07

Petang semalam, saya bersama ‘otai’ , orang lama yang masih aktif memburu kekayaan, ‘otai’ yang telah 33 tahun dalam dunia kontraktor. Sambil menghirup segelas Nescafe sejuk dan sebiji roti yang dicanai, semangkuk kuah kari kepala ikan. Kami bincangkan tentang fokus dan psiko-bisnes. Mungkin perlu ada silibus baru di peringkat universiti untuk membincangkan  tentang psiko-bisnes ini. Juga bercerita tentang ilmu dan hakikat ilmu.

Menarik benar berbicara sebegitu,  sesekali, jauh– tidak terbelit dengan politik.

Namun terganggu dengan peminta derma untuk sebuah sekolah pondok di Kg Laloh, Kg laloh ini berdekatan pula dengan Kg Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan katanya. Pondok Tok Guru ayah Sin katanya lagi untuk memperlihatkan kebenaran dari kata-katanya setelah saya kata saya juga dari kampung yang berdekatan dengan Laloh.

Saya menggaru kepala, sejak bila ada pondok di Kg Lata Rek, Kg Laloh itu. Bila di tanya apa yang tersohor di Lata Rek, jawabnya tidak tahu sangat sebab baru sampai. Sepanjang 30 tahun saya hidup di muka dunia ini, setahu saya pondok di Kuala Krai hanya di Sg Durian.

Pada Jumaat yang lalu, saya bersolat Jumaat di masjid Pandan Indah, berderet peminta sedekah di tangga masjid. Ada yang membawa anak kecil bagi memancing simpati ramai.

Sebulan dua yang lalu pula saya makan di sebuah restoran di Taman Boltan Gombak, tempat rasmi  saya melepak dulu-dulu. Seketika menjamah hidangan datang seorang mualaf, seorang mualaf muda lingkungan usia 20an. Membawa buku kajiannya ( buku fotostat yang di banding) tentang keistimewaan Islam yang di tulis sendiri sehingga dia memeluk Islam. Apa yang masih saya ingat di dalam bukunya adalah tentang daging babi yang di haramkan oleh Islam di sebabkan oleh cacing-cacing yang banyak pada daging babi tersebut yang tidak baik untuk kesihatan manusia. Menjualnya dengan harga RM10. Berkopiah putih.

Juga beberapa bulan yang lalu, saya berhenti di sebuah stesen minyak di lebuh raya Karak, seorang budak belasan tahun menjual cd dan minyak angin untuk sekolah pondok katanya.

Beberapa tahun yang lalu pula, saya berjalan di laluan pejalan kaki antara stesen LRT KLCC dan KLCC, berberapa orang sedang menghulurkan sekeping kertas ber liminate. Ber name tag, berbaju yang tertulis nama sebuah NGO. Meminta orang ramai yang lalu disitu menghulurkan sumbangan untuk kerja-kerja amal mereka.

Apakah mereka harus benar di bantu dan di hulurkan bantuan?  Saya melihat beberapa perkara yang harus kita teliti sebelum kita mempertimbangkan sikap pemurah kita. Antaranya ialah eksploitasi terhadap kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik. Juga unsur-unsur penipuan.

Sejak dari dulu lagi, saya tidak akan menghulurkan derma kepada kanak-kanak yang menjual barang atau mengutip derma atas apa alas an, apa lagi atas alas an sekolah tahfiz dan maahad serta rumah anak yatim. Bukan kerana benci kepada meraka tetapi tidak mahu bersuhabat dalam pengeksploitasi terhadap kanak-kanak. Juga kepada yang berkopiah menmbawa fail yang mengutip derma untuk sekolah pondok dan sebagainya.

Saya sebetulnya bukan anti kepada  peminta sedekah ini, malah seusuatu kerja yang melibatkan masyarakat punyai kewajaran dalam kita me mungut derma.

Sewaktu saya bersama dalam program anak angkat anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa beberapa tahun yang lalu sewaktu belajar, bagi menjalankan program tersebut terpaksa kami memungut derma di sekitar Kg Keramat, Kg Baru, Jalan TAR dan juga ada yang membawa surat-surat kebenaran mengutip derma tersebut ke kampung masing-masing. Akhirnya program tersebut berjaya dengan belanja lebih kurang RM 20000 yang sebahagian besar dari aktiviti memungut derma dan penajaan swasta.

Segelintir mereka yang benar-benar perlukan pertolongan, seperti orang cacat perlihatan sememangnya memerlukan bantuan, golongan inilah yang sememangnya bergerak sendirian dan meraka harus di bantu. Mungkin kita bertanya pula bagaimana dengan bantuan dari pilhak kerajaan dan badan kebajikan lain? Pada saya birokrasi dan ‘elitis’ kadangkala menjadi penghadang kepada bantuan tersebut sampai ke sasaran, dan jika sampai pun bantuan tersebut,  ia masih belum mengcukupi untuk mereka melangkapi keperluan hidup mereka.

Saya juga sebetulnya ingin melihat dasar-dasar yang lebih mesra kepada golongan kurang upaya ini, bagaimana kouta dalam pekerjaan yang boleh mereka lakukan sesuai dengan keupayaan mereka, harus di berikan. Ganjaran berupa bantuan dan sokongan kepada majikan yang boleh mengambil orang kurang upaya untuk bekerja di firma dan syarikat mereka mungkin boleh kita praktikkan untuk membolehkan bantuan di saluran terus meraka dan memadai untuk golongan ini. Juga menjadikan mereka lebih produktif yang sama menyumbang untuk pembangunan Negara.

Ada juga yang bercerita pada saya, golongan yang mengutip derma untuk tujuan amal ini kadangkala hanya 10  peratus sahaja untuk tabung mereka manakala 90 peratus lagi adalah di ambil untuk komisyen dan belanja di dalam aktiviti mengutip derma tersebut. Apakah ini suatu yang wajar?

Juga saya tertanya-tanya mengenai mesin kutipan derma di masjid-masjid kini yang Nampak canggih, sebetulnya di urus oleh syarikat koporat, berapa pula komisyen  yang meraka ambil untuk pengurusan, sebelum di masukkan ke dalam akaun masjid?

Akhirnya ‘otai’ tadi bertanya kepada saya kenapa Islam wajibkan zakat kalau kita tidak di suruh untuk mengejar kekayaan?  Oleh itu katanya Islam mengajar umat untuk mengejar kekayaan bagi menyempurnakan Islam yang kita Iktiqatkan.

GOmbak 8.09pm

Feb
06

Mata masih di sengkang– sambil menyelak beberapa  buku, berteman kan secawang kopi kapal berapi. Keenakan kopi ini  perghhh! Enak sekali  kala ini, terus menekan  kekunci ini bagi di susun patah dan kata untuk tuan yang sedang membaca kini.

 Saya hirup seteguk dua kemudian berkhayalkan persoalan  ‘kenapa negara atau bangsa perlu berubah?’ yang harus di kemukakan jawapannya dalam 15 muka surat. Mencongak-congakan akan idealisme saya dan idealisme tuan pensyarah, mesti ada persamaan jika mahu di buru keunggulannya.

Seteguk lagi saya hirup kopi ini, bertambah apinya. Enak benar, mata kembali bugar.  Tadinya saya ada terbaca satu ‘entri’ di muka buku,  tentang  kecelaruan fikrah kalangan pejuang Islam kampus, tidak mampu lagi membezakan mana ianya perjuangan Islam dan mana ianya sekadar perjuangan mahasiswa.

Ujar penulis tersebut,  sejak 5 tahun belakangan ini, kampus kurang membekalkan pejuang-pejuang kepada jemaah Islam juga  mereka yang pernah lantang di peringkat nasional di dalam kepimpinan mahasiswa dahulu sudah hilang dari landskap perjuangan Islam atau jamaah Islam. Bahkan ramai juga menjadi  non-partisan dengan  alas an dan hujah mereka sendiri dan bangga serta tidak pernah rasa bersalah,  Juga tidak kurang yang menyerang jamaah dari luar sama ada melalui blog-blog atau usaha-usaha dalaman seperti jamaah dalam jamaah.

Ramai ahli jamaah–kerana terlalu ikutkan hati dan semangatserta jiwa muda yang bergelora, mereka lebih sukakan kerja-kerja “elit” dan “hebat” seperti perjuangkan kebebasan mahasiswa, isu-isu masyarakat luar kampus dan terbaru Auku, sedangkan peranan pertama untuk melahirkan tenaga pendokong jamaah yg memiliki sifat hizbullah, al qawie dan al amin (baca: tarbiyah) dan kedua adalah menjaga biah kampus supaya terbina dalamnya nilai-nilai islam dan hukum-hukumnya (baca: dakwah kampus) tidak terlaksana  dengan sempurna kini. Buktinya, berapakah jumlah ahli jamaah antum ? nisbahkan kepada  jumlah keseluruhan pelajar.
 

Apakah ini luahan rasmi atau sekadar luahan rasa pada mereka yang tidak senang dengan idealisme mahasiswa yang kini bergerak seperti mahu menawarkan alternatif ke tiga mahupun ke empat dalam mengimbangi permainan politik yang ada hari ini.

Semua  tindakan mahasiswa hari ini sebetulnya boleh memberi impak yang besar dalam mengislah politik menjadi lebih ‘mudaisme’.  Ia mampu menjadi pemagkin kepada perubahan politik yang lebih baik dari yang ada kini dan perubahan ini saya kira lebih condong kepada Islam walaupun wasilah dan jalan pengislahan mereka bercabang-cabang. Namun takutnya ia layu sebelum mekar.

Malah pengembelingan daya aktivisme yang bercabang ini lebih mudah untuk penonjolan Islam,  masing-masing memberi saham kepada perjuangan Islam mengikut keupayaan dan kecenderungan masing-masing. Sebagai contohnya, mereka di dalam NGO belia memberi sumbangan dari sudut pengembelingan tenaga belia yang tidak berkecenderungan dalam politik. Peranan NGO tidak boleh di nafikan sebagai sebahagian tapak untuk mengimbangi  kuasa politik secara tidak berpihak kepada sesuatu dasar mahupun gagasan, atau parti mahupun individu. Mampu menjadi pengimbang yang baik sebetulnya.

Mungkin pilihanraya ke-13 ini pula perlu lahirkan satu lagi NGO untuk menjadi barisan bertindak manifestor yang akan memantau  kebolehpercayaan manifestor calon dan parti yang bertanding sepanjang satu penggal.

 Cukup lah sudah kita di tipu di setiap pilihanraya tuan-tuan. Salam kebahagiaan buat ieda dan suami.

 *catatan lalu: Mahasiswa perlu disunatkan idealisme.

GOmbak 6.53am

Jan
23

Mstar:Perkasa Ambil Pengajaran Isu ‘Ang Pow Putih’

PETALING JAYA: Insiden ‘ang pow putih’ telah menjadi pengajaran kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)supaya lebih berhati-hati dan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum lain pada masa hadapan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa mengambil iktibar mengenai komen yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian ‘ang pow putih’ ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Ya, memang benar ia satu pengalaman kepada Perkasa dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensitiviti budaya kaum tertentu,” kata Ibrahim, sebagaimana yang dilaporkan oleh portal http://www.malaysiandigest.com, Rabu.

Isu ‘ang pow’ putih bermula apabila Perkasa menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 29 Januari lalu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, sampul surat berwarna putih yang hanya digunakan masyarakat Cina untuk acara pengebumian telah digunakan menggantikan sampul merah yang biasa digunakan pada Tahun Baru Cina.

Perkasa juga katanya menghormati dan bersetuju dengan komen Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong bahawa satu kaum perlu peka dan sensitif akan budaya satu kaum yang lain.

“Bagaimanapun Perkasa juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan hanya ditujukan kepada Perkasa, sebuah NGO Melayu, tetapi juga ditujukan kepada NGO atau pihak dari kaum lain juga,” katanya.

Ibrahim berkata, kaum lain juga telah bukan sedikit menyentuh sensitiviti orang Melayu terutamanya berhubung isu Islam, namun mereka dilihat lebih susah untuk memohon maaf.

Perkasa bagaimanapun melihat komen yang dibuat Wee itu itu dari sudut yang positif.

“Perkasa mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ‘ang pow’ sampul putih ini,” katanya.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa Perkasa merasa sedih kerana isu tersebut telah diperbesarkan sedangkan matlamat Perkasa menganjurkan sambutan tersebut untuk mewujudkan perpaduan sebaliknya dipandang sepi terutamanya media berbahasa Cina,” katanya.

Membuat kesimpulan isu tersebut sengaja dihangatkan untuk agenda politik pihak-pihak tertentu, beliau bagaimanapun menganggap ia telah selesai.

“Perkasa akan pastikan yang ia tidak akan berulang lagi. Pada kami, isu ini sudah selesai. Terpulanglah kepada siapa sahaja yang masih tidak puas hati,” katanya.

Jan
17

Saya ingin merakam terima kasih yang tidak terhingga buat kerajaan Negeri Kelantan dengan komitmen yang di tunjukkan bagi meringankan beban rakyat. Terbaru adalah janji untuk menghapuskan hutang pinjaman PTPTN rakyat Kelantan jika mendapat royalti minyak.
Ia membuatkan ramai teruja sebetulnya, namun saya masih melihat ia adalah satu tindakan yang bermotifkan politik lebih besar dari motif meringankan baban rakyat.

“KOTA BHARU, 17 Jan: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (gambar) memberitahu, Kerajaan Negeri Kelantan telah menggerakkan usaha mengenal pasti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk dihapuskan hutang mereka jika Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

Katanya, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah diarah untuk mengumpul data mereka yang terlibat.

“Negeri lain saya tidak tahu, tetapi di Kelantan kita mempunyai royalti minyak dan ia membolehkan hutang berkenaan dihapuskan,” katanya ketika menghadiri Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong di Hotel Rennaisance, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri berkata, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Alor Setar Sabtu lalu, Husam menawarkan bahawa negeri Kelantan akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada PTPTN jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 nanti.

Husam membayangkan, bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan yang pada waktu itu diterajui Pakatan Rakyat.

Husam berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja untuk memperkasa perkhidmatan awam – satu tawaran yang dilancarkan Pakatan dalam manifesto Tawaran Jingga.”

Persoalannya mengapa hanya pelajar tahun 2005 dan selepasnya sahaja? Bagaimana dengan pinjaman pelajar sebelum 2005? Apakah disebabkan kerana ingin mengambil hati pengundi-pengundi yang baru, yang pertama kali mengundi pada PRU-ke13 ini sahaja maka ole-olenya begitu.

Inilah yang membuatkan saya melihat ianya terpalit unsur politik semata-mata dan bukan di landasi dengan keikhlasan yang sebenar dalam memberi bantuan kepada rakyat.

Rakyat hanya di gula-gula dengan bantuan itu dan ini untuk kepentingan politik semata-mata namun saya akui ia mampu membantu rakyat tetapi bantuan itua hanya di jadikan subjek untuk ‘scoring politic point’. Maka pada saya, rakyat pula tidak salah kalau kita diajar mereka untuk menjadi ‘pendesak dan pengugut’ yang terbilang dalam member tawar menawar dalam politik ini. Kalau tidak dapat apa yang mahu maka kita jangan undi calon tersebut.

Jika ini permainan yang ingin di ajar maka rakyat juga perlu di sedarkan bahawa wakil rakyat harus di perah sebaiknya baik sebelum pilihanraya, samasa dan selepasnya. Wakil rakyat harus di layan seperti ‘personal asistant’ (PA) rakyat. Harusnya malu-malu alah rakyat kepada wakil rakyat ini harus di buang sejauh mungkin.

Pada saya politik ini adalah seni yang indah dan mendamaikan buat rakyat. Ayuh PRU ke- 13 !

Jan
14

Exco kanan kerajaan Kelantan Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.

Jan
11
Jan
11
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.