kalam-perdana
Menulis ikut suka …..aku

Kemiskinan Kelantan

Rata-rata rakyat Kelantan tidak dapat menerima hakikat bahawa Kelantan negeri termiskin di Malaysia. Negeri Kelantan sebenarnya mencatatkan pendapatan per kapita paling rendah iaitu hanya RM7,500 berbanding negeri-negeri lain, ini berasaskan laporan pada tahun 2005. Manakala negeri lain pada tahun tersebut  mencatat pendapatan per kapita paling tinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM36,597, diikuti Pulau Pinang (RM27,391), Terengganu (RM27,140) dan Selangor (RM23,333).Negeri-negeri lain iaitu Melaka mencatat RM19,436, Johor (RM18,175), Negeri Sembilan (RM17,182), Sarawak (RM17,004), Perak (RM15,458), Pahang (RM12,384), Perlis (RM12,302), Sabah (RM11,414) dan Kedah (RM11,161). Jelas sekali Kelantan berada pada tingkat yang agak jauh kebelakang berbanding negeri lain, malah berbanding sabah sekalipun Kelantan ketinggalan.

Pada mata rakyat Kelantan pula, sungguhpun miskin dari  sudut pembangunan dan pendapatan perkapita, tetapi Kelantan  mempunyai modal insan yang terbaik jika di bandingkan dengan negeri-negeri lain.  Sandaran kepada gambaran tersebut adalah kerana pepsepsi akan kehebatan rakyat Kelantan di luar negeri, dengan penguasaan sektor ekonomi di negeri rantau, juga di sektor-sektor korporat dan awam di monopoli oleh rakyat kelantan, di universiti juga pelajar-pelajarnya ramai dari Kelantan. Ini menjadi kebanggaan utama di sebalik pandangan akan kemiskinan di negeri sendiri.

Mereka ( rakyat Kelantan termasuk ‘kawe’ ) juga akan mengatakan bahawa walaupun negeri miskin, mereka masih lagi dapat hidup dalam suasana yang selesa kerana rumah mereka tidak menyewa, kangkung tepi  rumah ‘buleh tehe nok kutip wat sayur’, “pucuk beko ditepi jalan buleh tehe nok ambil”, ikan segar murah-murah,  “ore tino come-come”.  “hutan belanar buleh pakat nebe lagi”, “dale-dale sungai pun banyak lagi ikan”, “pitih pun cukup, bare-bare muroh”.

Dari sudut ekonomi, ekonomi kelantan berasaskan pertanian, aktiviti penangkapan ikan di sepanjang 96-kilometer persisiran pantai serta industri kecil-kecilan yang menggunakan kemahiran tradisi dalam penghasilan kraftangan seperti batik, ukiran kayu dan tenunan songket. Selain dari kegiatan pembalakan juga aktif oleh kerana keluasan hutan 900,000 hektar atau 60.4% dari keluasan bumi kelantan.

Kini kita lihat pula pada Depu dan Ladang Rakyat, projek tanaman Depu dan  Ladang Rakyat yang dilihat cuba membawa impak baru ekonomi Kelantan ke satu tahap yang lebih baik. Dengan peruntukan yang disediakan dalam bajet kerajaan negeri Kelantan pada 2007 sebanyak RM300,000 dan dua syarikat anak tempatan telah memulakan usaha ini. Buat permulaan, syarikat ini telah mengusahakan gaharu dengan mencari pokok-pokok Depu yang berselerak di negeri ini. Projek Ladang Rakyat pula melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRNK) yang menggariskan dua mtlamat utama iaitu mengurangkan kadar kemiskinan rakyat Negeri Kelantan melalui sektor perladangan serta mengurangkan kadar penerokaan haram Tanah Kerajaan. Program Pembangunan Ladang Kerajaaan Negeri Kelantan dijalankan di atas tanah-tanah Kerajaan di seluruh Negeri. Perbadanan sebagai agensi Kerajaan Negeri telah merangka dasar dan strategi Pembangunan Ladang dengan pulangan hasil yang maksimum bagi membolehkan Perbadanan menyalurkan hasil tersebut kepada Peserta Ladang. Sehingga kini kira-kira 50,401 ekar tanah Kerajaan yang dijadikan Ladang Rakyat telah ditanami dengan pokok kelapa sawit sejak tahun 2001 dan sebahagiannya sudah mula mengeluarkan hasil. Ladang-ladang ini dijangka mula mengeluarkan hasil pada tahun 2010.

Semua ini di lihat secara teliti oleh rakyat Kelantan yang berada di luar, ia di lihat sebagai penanda aras kepada kecekapan kerajaan negeri Kelantan dalam mengurus ekonomi dan memancu kemakmuran negeri. Jika jangkaan 2010 pengeluaran hasil Ladang Rakyat maka di tahun 2012 ini kita ingin melihat sepanjang 2 tahun tempoh pengeluaran hasil tersebut apakah ianya menguntungkan atau masih jauh dari titik pulangan modal?

Sebagai anak rantau, soal pembangunan mungkin tidak memberi keterujaan sangat untuk di perhatikan kerana melihat kepada kepesatan pembangunan di negeri rantau sehingga muak untuk berbicara soal pembangunan mengikut negeri lain.Namun soalnya sekarang adalah kemakmuran, apakah Kelantan ini selepas dua dekad bersama kepimpinan ulama begitu makmur?

Soal utama kepada ukuran kemkamuran ini pada saya adalah infrastruktur yang sempurna, seperti air bersih, jalan perhubungan dan juga keaktifan kerajaan tempatan dalam menyusun Bandar dan pekan dan di urus dengan sempurna, jika di tempat saya di kuala krai, taman krai sebagai contoh tidak terjaga dengan sempurna sedangkan dahulu taman tasik tersebut menjadi mercu tanda kuala krai. Air bersih di kampung saya juga masih lagi tidak menampakkan ianya benar-benar di urus secara baik dan sempurna.

Rata-rata anak rantau termasuk saya sebetulnya masih selesa melihat negeri Kelantan berada dalam lingkungan seperti hari ini, tetapi tetap ingin melihat negeri ini tampil dengan kemakmuran. Keunikan yang ada di Kelantan harus terus di bina dan dibentuk serta di komersialkan, keunikan politik, keunikan sistem pentadbiran, keunikan cara hidup dan juga keunikan budaya serta ‘budunya’ semua ini punyai nilai kormersial yang boleh memancu pembangunan tanpa perlu bangunan pencakar langit tun-tuan. Industri budaya yang berteraskan pelancongan, pertanian yang komersial dan industri berteraskan perkhidmatan adalah bidang yang boleh di jadikan teras kepada pemerkasaan ekonomi.

Ringkasnya pada saya, Kelantan harus tampil menjawab persoalan kemiskinan ini dengan mengemukakan parameter pembangunan yang lain sebetulnya. Bukan pula dengan retorik politik yang tidak pernah sudah.

Juga, perubahan politik bukan asas segala perubahan tetapi pembaharuan politik boleh melangsungkan perubahan politik sebetulnya.

GOmbak 10.45pm 11.3.2012

Tiada Respons to “Kemiskinan Kelantan”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: