kalam-perdana
Menulis ikut suka …..aku

>Daulat Tuanku

>
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor memeriksa perbarisan kawalan kehormatan (Foto: Mstar Online)

Saya ingin laungkan daulat tuanku, tiga kali; daulat tuanku! daulat tuanku! daulat tuanku!. Sempena keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada hari sabtu pertama bulan Jun setiap tahun. Apa baginda diputerakan pada hari ini? Nehi! tidak sama sekali. Ia adalah sebagai meraikan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Saya terlalu gembira melihat sultan saya gah disinggahsananya. Pernah juga saya bermimpi disiang hari untuk menjadi sultan . Namun darah saya darah rakyat, lalu saya tersedar dari mimpi itu. Sultan adalah satu institusi di negara, berlatarkan sejarah feudal ia di institusi sehingga kini. Sultan berkuasa penuh pada jajahan takluknya, mempunyai daulat.

Sultan dibayar gaji, elaun dan imbuhan tertentu yang sudah tentu banyak dengan bilangan sultan yang ada di malaysia ini. Apa ini satu pembaziran? Sudah tentu anggapan ia sebagai pembaziran adalah pendapat yang lemah otaknya.

Institusi inilah yang menjadikan tanah ini milik kita lagi. Bila? Sampai bila-bila.

Mungkin pada suatu masa nanti Perdana Menteri kita ialah Lim Kit Siang namanya. Diwaktu itu baru kita terasa bahawa Lim Kit Siang hanya pelaksana. ‘Tuan punya’ bumi ini sebenar, adalah baginda sultan saya.

Daulat tuanku!

Tengahari tadi saya berkesempatan untuk meraikan ‘Majlis menyembut menantu’, satu majlis yang sebahagian dari majlis perkahwinan.

Majlis perkahwinan biasa di raikan di rumah pihak perempuan, di rumah pihak lelaki ia diraikan sebagai majlis menyembut menantu. Seorang sahabat lama. Selamat Pengantin Baru sekali lagi.

Sebulan dua ini ‘entry’ blog ini tidak akan lekang dari ayat ini; selamat pengantin baru kerana beberapa lagi sahabat saya bakal melalui alam baru itu, alam rumah tangga.

Alam ini sering digambarkan dengan keindahan, ada juga dengan gambaran nakal. Namun saya mengambarkan ia satu fasa pembentukkan peradaban diri.

Selamat dan selamat jua.

Kelihatan beberapa sahabat selepas bersama saya menjamah juadah menjadi sebahagian dari tukang angkat pinggan, lap-lap meja, tambah-tambah kuah dan luak . Mempelawa saya untuk bersama. Pengantin jua mempelawa begitu.Dipakaikan bunga plastik di bajunya. Tidak saya ringankan tulang walau saya bisa makan percuma dengan saya terima pelawaan itu. Lain urusan terpaksa saya urusi, saya beralas kata pada meraka.

Saya pulang selepas ‘majlis salam berlapik’ dengan ayah si pengantin.

Tiada Respons to “>Daulat Tuanku”

Tinggalkan komen