kalam-perdana
Menulis ikut suka …..aku

>Catatan rasa 1

>Saya ingin kembalikan mood lama dengan paparan lama yang ‘menghairahkan’ pada laman ini. Paparan yang cukup ‘simple’. Moga harapannya kalam perdana kembali bersuara walaupun sesibuk mana pun saya. Membisukan kalam perdana amat menyeksakan sebenarnya, namun ini lah yang terpaksa dilalui bila waktu dan keadaan bagaikan tidak merestui ia ‘bersuara garau’ seperti dahulunya.

Dua minggu lalu sesudah pilihanraya kampus UPSI berlalu. Sang anak muda bermalam di villa saya membawa cerita dan kisah kemenangan pro mahasiswa di sana. Saya kira ia menang besar, perubahan yang berlaku pada sistem ‘e-voting’ yang agak telus setelah memerandum dihantar mempertikai sistem tersebut beberapa bulan sebelum pilihanraya. Ia agak berjaya.

Saya kira tidak pelik untuk saya terus menulis dan memerhati ruang ini. Namun kini saya tidak seaktif dulu bermesra dengan ‘figure-figure’ kampus hatta online dialam maya sekalipun. Hanya seorang dua teman lama yang masih bisa lagi diajak berbual.

Namun janji saya sebuah catatan tentang politik kampus masih lagi saya pegang dan akan saya kotakan.

Saya online malaysiakini.com sebentar tadi, agak keliru. Seperti mahu membesarkan persoalan vcd azab kubur yang menggerunkan manusia-manusia yang sering lalai seperti saya, kepada polimik lain yang lebih besar.

Apakah ada udang disebalik pendedahan ini, ataupun ‘mayo’ di balik batu. ia seperti mahu masyarakt bertindak kerana tunjangnya adalah dari al-arqam.

Saya tidak pernah kenal al-arqam. Kerana saya kenal medan dakwah setelah al-arqam berkubur. Dakwah kampus versi PMI-MPP.

Namun saya kagum, saya dengar kisah dan cerita. Kehebatan al-arqam menguasai ekonomi. Cukup maju dan cukup hebat. Saya sampai hari ini masih bermain-main dengan berbagai persoalan bagaimana, apa petuanya, kaedahnya sehinggakan Parti Islam Semalaysia ( PAS ) yang mendabik dada parti Islam terbesar tidak mampu sekuat dan sehebat ini dari espek ekonominya.

Selagi bermain-main didalam ekonomi kapitalis namun berbuih mulut membicarakan ekonomi Islam itu unggul, hebat namun tidak dapat membezakan mana kapitalis dan mana Islamnya selagi itulah serban berpusing 360 darjah pun tidak akan nampak sinar Islamnya.

Hari ini saya sperti bertambah kagum bila saya belayar ke ikhwantoday.com. saya temui Global Ikhwan Sdn Bhd. Saya temui roti Ikhwan, saya temui Travel ketuhanan, saya temui nama Abdul Rahman Bin A’us disana.

Kini telah pun mempunyai 700 rangkaian perniagaan di seluruh negara. Siapa tidak dengki? Siapa tidak irihati? Siapa tidak takut?
Saya takut mainan vcd ini hanyalah benih-benih untuk meruntuhkan empayar kekuatan Global Ikhwan Sdn Bhd ini.

Jika ada ‘mayo’ atau udang di sebalik pendedahan ini saya kira amat malang. Walaupun saya bukan tergolong dalam kalangan mereka, saya tetap bebas dan berkecuali. Namun saya tidak boleh terima permainan wayang ini. Inilah juga dunia politik dan dunia bisnes siapa paling licik dialah hero. Saya kira Global Ikhwan Sdn Bhd telah matang dalam sepak terajang bisnes dan dakwah ini.

kajang 1.04am

Tiada Respons to “>Catatan rasa 1”

Tinggalkan komen